Friday, May 16, 2008

TANGANI GEJALA SOSIAL YANG SEMAKIN MEMBARAH

Sebagai penganut agama Islam sewajarnya kita mengetahui pentingnya ajaran Al-Quran dan Sunnah untuk dijadikan panduan... oleh itu antara jalan untuk penyelesaian masalah gejala sosial yang kian membarah ini... kita perlulah kembali kepada ajaran yang telah diturunkan melaui Al-Quran... kerana segala-galanya ada diterangkan bagaimana untuk diatasi setiap masalah... sebagai manusia kita tidak perlu mencari atau membuat formula sendiri... untuk mengatasinya... sebagaimana ada yang dicadangkan... perintah berkurung dan sebagainya.... itu semua hanyalah suatu kaedah sementara sahaja... dan segala-galanya tidak akan kembali seperti asal sekiranya kita masih tidak kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. Fikir-fikirkanlah...

JANGANLAH ASYIK MENIPU RAKYAT

MEMANDANGKAN HARGA BARANG DAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT... MAKA TIMBUL LA ISU KERAJAAN BN MEMBANDINGKAN HARGA MINYAK NEGARA KITA DENGAN NEGARA LAIN... TAPI MASALAHNYE... DIAORANG BANDINGKAN DENGAN NEGARA YANG MEMANG TAK DE SUMBER MINYAK... ALAHAI... MEMANG LA MINYAK KAT MALAYSIA MASIH PADA HARGA YANG RENDAH... ADE KE PATUT DIBANDINGKAN DENGAN SINGAPURA, THAILAND DAN SEBAGAINYA... KENAPA X BANDINGKAN DENGAN HARGA MINYAK BAGI NEGARA YANG MEMILIKI SUMBER MINYAK??? TENTULAH NEGARA KITA PALING MAHAL MINYAKNYA... WALAUPUN MEMILIKI HASIL MINYAK SENDIRI... ERM... NAMPAK GAYANYA KALAU BN MASIH MENERUSKAN CARA SEBEGITU RUPA UNTUK PERBODOHKAN RAKYAT... JANGAN TERKEJUT KALAU RAKYAT MEMILIH PAKATAN RAKYAT UNTUK MENTADBIR NEGARA...

Thursday, May 8, 2008

LOGIK SIKIT!!!

Ada seorang hamba Allah ni yang berasal dari Kedah yang memang berfikiran sungguh cetek... dia ingat bila Pas memerintah je automatik harga barang leh turun agaknya... huh... siap bagi komen kat Kosmo lagi... alo bro... kenaikan harga barang masih lagi bergantung pada kerajaan pusat... bukan terletak di tangan kerajaan negeri... yang kerajaan negeri leh buat macam turunkan cukai dan yang sewaktu dengannya... takkan la negeri lain harga barang naik tapi kat Kedah je harga barang turun... gilos ape... dan anda kena ingat kenaikan bergantung kepada pengeluar sesuatu produk tu... bukan terletak di tangan MB tau[pun di bidang kuasa kerajaan negeri... ada paham???!!!

BENCANA ALAM

Pada hari ini terlalu banyak bencana alam yang menimpa penduduk dunia... mengikut kajian para saintis ia adalah Natural Disaster... tetapi sebagai umat Islam yang beriman... ia adalah suatu peringatan dari Allah S.W.T... supaya kita tidak terus menerus melakukan kemungkaran... di bumi Allah ini... kerana maksiat semakin berleluasa... maka penduduk dunia lebih kerap diancam dengan pelbagai bentuk gempa bumi... di darat, air, udara dan sebagainya... sewajarnya kita kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah sebagaimana yang telah ditetapkan sejak azali lagi... kerana Allah Maha Mengetahui setiap apa yang Dia ciptakan... kerana itulah Al-Quran diturunkan untuk dijadikan panduan oleh manusia... tetapi apabila manusia mula berpaling daripada ajaran Al-Quran yang sebenarnya... maka terjadilah pelbagai masalah yang kronik dan amat sukar untuk diselesaikan melainkan kita kembali kepada garis panduan yang telah ditetapkan...

BAGI PELUANG

Sejak pembentukan beberapa buah negeri di bawah Parti Pakatan Rakyat ni... macam-macam cerita yang kita dengar... macam nampak yang buruk dari yang baik je... tapi fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia... kenapa dulu waktu kerajaan BN memerintah anda beri peluang selama 50 tahun??? pakatan baru ni hanya 2 bulan... dah bising minta macam-macam... bagi la peluang sikit... bukan senang nak betulkan kepincangan yang telah lama bertapak di Malaysia ni... kerana itulah diwujudkan PRU selama 4 tahun sekali... janganlah cepat melatah ye!!!

Monday, April 7, 2008

TAHNIAH

Tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz… kerana telah menerima anugerah MB paling bersih… berdasarkan track record beliau… semoga semua MB dari negeri-negeri lain mampu mencontohi beliau. Tidak kira anda bernaung di bawah BN ataupun BA… sebagaimana gaya hidup Tok Guru yang mangamalkan sikap bersederhana di dalam setiap perkara dan kesungguhan beliau dalam membanteras gejala rasuah di kalangan pemimpin dan juga negeri di bawah pimpinan beliau secara amnya. Berusaha menegakkan syariat Allah dengan mengadakan kuliah tanpa mengenakan bayaran apa-apa. Tidak berbangga dengan jawatan yang dimiliki dan boleh kita perhatikan daripada cara beliau berpakaian, bergaul, dan sebagainya. Tiada jurang di antara pemimpin dan rakyat kerana beliau benar-benar menghayati bahawa manusia ini semuanya sama di sisi ALLAH S.W.T. Tidak seperti MB yang lain yang sentiasa dikawal rapi dengan ‘bogyguard’, memakai pakaian yang berjenama, menaiki kereta mewah, terlalu banyak kerenah birokrasi untuk bertemu mereka. Diharap semua MB boleh mencontohi beliau dan mengubah cara hidup agar lebih menjadi mesra rakyat. Ini kerana kalian telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili suara mereka di peringkat Parlimen dan menjadi DUN di kawasan mereka. Sepatutnya mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menangani masalah rakyat, bukan hanya bersungguh-sungguh menangani masalah rakyat hanya 4 tahun sekali sahaja. Kepada parti BA yang telah berjaya menguasai beberapa buah negeri, buktikan kemampuan anda untuk meningkatkan keyakinan rakyat bagi memastikan kemenangan yang lebih cemerlang pada PRU akan datang. Kepada BN semoga melakukan ‘Postmoterm’ dengan kehilangan majoriti 2/3 dan hanya memenangi dengan majoriti mudah sahaja. Ini kerana segalanya akan kembali kepada Islam kerana Islam yang akan memandu untuk kesejahteraan duniawi dan ukhrawi. Malahan Islam tidak pula menindas mana-mana golongan sekiranya diamalkan dengan betul. Sekian.

Monday, March 31, 2008

Malaysia Baru

Terbentuknya negeri-negeri yang diperintah oleh parti pembangkang. Kerajaan baru yang dibentuk hasil pemilihan rakyat. Diharap dengan wujudnya situasi ini, semua MB baru daripada pimpinan BA dapat menjalankan tugas dengan baik. Mampu menjadi contoh kepada MB yang masih bernaung di bawah BN. Wujudkanlah lebih ramai lagi MB yang mendapat anugerah MB bersih dan bebas rasuah sebagaimana yang diterima oleh Tok Guru. Amalkan gaya hidup sederhana sebagaimana yang diamalkan oleh Tok Guru. Tidak bermegah dengan kereta mewah yang dimiliki, rumah yang bernilai jutaan ringgit, dan berbagai perkara yang boleh menjejaskan imej sebagai pemimpin. Ingatlah, anda dipilih sebagai wakil kepada rakyat untuk menyuarakan hasrat rakyat. Anda memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan rakyat Malaysia hidup selesa dan aman.